Jangan terlalu bangga jadi orang
melayu, ia tidak menjanjikan apa-apa, kerana terlalu bangga jadi
melayulah, kita kadang-kadang merasakan kita telah cukup bagus.
Baguskah kita bila beranggapan
melayu itu sudah pasti Islamnya, fikirkan balik, kita dilahirkan sebagai
seorang Islam, tapi sejauh mana kita mendekatkan diri kepada Islam itu
sendiri, beruntungkah kita, jika kita bandingkan diri kita dengan
kawan-kawan bangsa lain yang mendapat hidayah ALLAH.
Ingat, dilahirkan sebagai seorang Islam, tidak memadai bila Akidah kita lemah. ini contohnya.
Diatas satu contoh bila seorang
perempuan yang memakai nama "melayu" menghina ALLAH, bolehlah dianggap
perempuan tersebut seorang "Free Thinker" kerana tidak mempercayai
kekuasaan ALLAH.
Dan dibawah ini pula satu contoh
dimana seorang lagi perempuan yang juga memakai nama "melayu"
terang-terangan menghina lauangan Azan, apakah yang anda rasakan? dan
apa pula yang anda fikir?
Menjadi melayu itu tidak semestinya
menjadi Islam, kadang-kala pergaulan dengan rakan - rakan, kesibukan ibu
bapa mengejar keselesaan hidup sehingga kurang perhatian kepada
anak-anak juga menjadi punca. nah dimanakah salah ini semua, apakah
negara ini sudah terlalu banyak disajikan dengan hiburan yang
melalaikan?
Apa perasaan anda jika ada ahli keluarga anda yang jadi begini?. apakah mereka masih mampu memberi manafaat bila ibu bapa mereka tiada kelak?.. fikirkan lah, dan kembali kepada agama ALLAH , kerana kita mungkin sudah jauh tersesat, mungkin kita pernah terdetik lauangan Azan mengganggu kita..

Melayu itu tidak semestinya Islam,.........Masyallah...

0 komentar:
Posting Komentar